Selamat datang ke laman blog rasmi UNITED SHARK....

29 Jun 2010

Lama Dah Tak Update Blog.....

Salam 1Malaysia kepada semua pembaca blog United Shark ni....Mintak maaf banyak-banyak la sebab lama tak update blog ni...Sekarang kan dah maju...semua dah masuk facebook..Termasuk dengan aku sekali terjebak dengan facebook ni...Nak cerita sikit pasal United Shark...Setakat ni takde apa-apa planning lagi untuk aktiviti ride long distance...Untuk shor distance ada la...Antaranya pada 04/07/2010 ni, kita dijemput ke autoshow di Ijok, Kuala Selangor...Anjuran belia Ijok...Tak pasti lagi berapa ramai jentera united shark dapat turun...Akan dimaklumkan kemudian...Nak tau apa-apa bleh la masuk ke facebook United Shark yo....

07 Jun 2010

UNITED SHARK KE KULIM.KEDAH

Masih terasa lagi kepenatan konvoi United Shark ke KEDA Bagan Sena, Kulim, Kedah..Program ni bermula 03/06/2010 malam dan berakhir 06/06/2010. Peserta terlibat keseluruhannya 70 orang termasuk ahli Nothern Shark dari Utara tanah air. Program belia yang dianjurkan United Shark ni sebenarnya adalah program anak angkat di kalangan belia bermotosikal disamping membanteras gejala rempit yang kini semakin berleluasa dijalan raya. Disamping itu juga, program ini juga bertujuan membuka mata masyarakat terhadap penunggang motosikal bahawa bukan semua rider-rider ni adalah mat rempit.
Perasmian pelepasan konvoi ini telah diadakan di Dataran Senawang, Negeri Sembilan pada 03/06/2010, pada pukul 11.30 mlm oleh YB dari Senawang.Pasukan konvoi berlepas pada pukul 12.01 pagi diiringi oleh marshal dari N9 Bikers sehingga ke highway utara-selatan. Konvoi ini melibatkan 35 buah motosikal suzuki TXR-150, 3 buah RXZ, 1 buah LC135 dan 1 buah kawasaki kips 150RR.
Keseluruhan masa perjalan yang di ambil untuk sampai ke destinasi adalah selama 12 jam disebabkan banyak motor yang mengalami kerosakan yang tak diduga. Pasukan konvoi tiba di Tol Juru pada pukul 11.00 pagi dan kami disambut oleh Nother Shark dan group superbike dari Pinang untuk mengiringi ke KEDA Bagan Sena. Pukul 12.30, semua selamat sampai ke destinasi yang dituju dan kami diberi taklimat oleh pegawai KEDA Bagan Sena dan pembahagian keluarga angkat.
Banyak aktiviti yang telah diadakan bersama penduduk kampung, antaranya gotong-royong membersihkan kawasan surau dan dewan serbaguna, aktiviti sukaneka bersama peduduk, riadah mandi-manda di hutan lipur Sg. Sedim, kolam air panas di Legong dan tazkirah dari imam masid Bagan Sena. Setelah 3 hari berkampung di Bagan Sena, tibalah masa untuk berpisah dengan keluarga angkat masing-masing. Pada 06/06/2010 pukul 8.30 pagi semua berkumpul di dewan dan masing-masing berat hati untuk berpisah dan sebak di dada mula terasa dikalangan rider United Shark dan Nothern Shark.
Pihak United Shark amat berterima kasih kepada panduduk Keda Bagan Sena yang sudi terima konvoi dari United Shark dan penghargaan kepada ajk United Shark yang bertungkus lumus menjayakan program ni bersama Lembaga Kemajuan Negeri Kedah (KEDA)...Untuk melihat gambar silalah masuk ke facebook united shark...Ride For Your Right...Dibawah ni ada sedikit gambar buat tatapan semua....