Selamat datang ke laman blog rasmi UNITED SHARK....

02 Disember 2010

LAMA SUNGGOH TAK UPDATE

Assalamua'laikum....huh..lama betol tak masok blog..bukannye sibok sangat pon..tapi disebabkan terdapat simptom-simptom kemalasan dalam diri...maka timbollah perasaan malas ataupon malah...Walauponbagaimana ataupon walaubagaimanapon united shark tetap aktif...tak pecaya sila layari facebook united shark..klik la link facebook kat belah kanan tu...sampai disini dulu untuk episod kali ni...dah azan masuk waktu asar dah...g solat dulu....

06 September 2010

Ramadhan 1431H

Selesai sudah Majlis Berbuka Puasa bersama penghuni Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Taman Warisan, Sepang pada 26 Ramadhan 1431 bersamaan 05/09/2010...Jutaan terima kasih kepada Pengetua pusat jagaan Baitus Sakinah Ustaz Mustafa kerana sudi menerima kunjungan rider United Shark bagi meraikan majlis berbuka puasa bersama anak yatim disini...Tidak lupa juga kepada penasihat United Shark, En. Zubeer Bin Abu Bakar, Ketua Belia Pakatan DUN Senawang dan N9, Cikgu Badrul Hisham Shaharin dan semua yang hadir..

Majlis bermula dengan sesi menjamu juadah berbuka...terasa seperti bersama dengan adik-adik dikampung, kemudian solat maghrib berjemaah...selesai solat, semua beramah mesra dengan penghuni Baitus Sakinah,kemudian semua rider membawa anak-anak menaiki motor masing-masing (bawak pusing-pusing,ade yg 3 org sekali naik sebuah motor)...

Sumbangan ikhlas kepada penghuni Baitus Sakinah juga turut diberikan bagi menghulurkan tangan meringankan beban berupa beras dan sedikit wang sebagai perbelanjaan bagi menguruskan anak-anak di Baitus Sakinah....Majlis berakhir dengan persembahan anak-anak Baitus Sakinah dan bersalaman...

"HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN"

02 September 2010

PROGRAM BERBUKA PUASA 2010

Assalamua'laikum...

Sedar tak sedar dah berada di penghujung Ramadhan 1431...Sekejap saja masa berlalu pergi meninggalkan kita...Insyaallah kalau dipanjangkan umur dan kesihatan dapatlah kita bertemu lagi Ramadhan akan datang...Kalau tidak..Wallahua'lam......Heh..nak tazkirah ke apa ni..hehe...sekadar renungan untuk diri saya sendiri dan kawan-kawan sejentera..

Program tahunan UNITED SHARK di bulan Ramadhan kembali lagi...Bukannya program hanya untuk suka-suka...Tetapi lebih kepada memantapkan rohani rakan-rakan US..ewaaahhh...
PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM BAITUL SAKINAH WAL MAHHABBAH, beralamat : No.1, Jalan Warisan Mulia 4/3, Kota Warisan, 43900, Sepang pada 26 Ramadhan 1431 bersamaan 05/09/2010, iaitu hari ahad...Kepada ahli United Shark yang ingin meraikan bersama anak yatim ni diminta bayaran RM15/orang untuk makan dan sedekah pada anak yatim..Nak bagi lebih dialu-alukan untuk disedekahkan pada anak-anak yatim...Semoga Majlis ni berjalan dengan lancar dan jayanya...Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa, beribadah dan....SELAMAT HARI RAYA DARI SAYA DAN UNITED SHARK KEPADA SEMUA...MAAF ZAHIR DAN BATIN SEKIRANYA ADA KESILAPAN DAN KEKURANGAN......wassalam...

29 Jun 2010

Lama Dah Tak Update Blog.....

Salam 1Malaysia kepada semua pembaca blog United Shark ni....Mintak maaf banyak-banyak la sebab lama tak update blog ni...Sekarang kan dah maju...semua dah masuk facebook..Termasuk dengan aku sekali terjebak dengan facebook ni...Nak cerita sikit pasal United Shark...Setakat ni takde apa-apa planning lagi untuk aktiviti ride long distance...Untuk shor distance ada la...Antaranya pada 04/07/2010 ni, kita dijemput ke autoshow di Ijok, Kuala Selangor...Anjuran belia Ijok...Tak pasti lagi berapa ramai jentera united shark dapat turun...Akan dimaklumkan kemudian...Nak tau apa-apa bleh la masuk ke facebook United Shark yo....

07 Jun 2010

UNITED SHARK KE KULIM.KEDAH

Masih terasa lagi kepenatan konvoi United Shark ke KEDA Bagan Sena, Kulim, Kedah..Program ni bermula 03/06/2010 malam dan berakhir 06/06/2010. Peserta terlibat keseluruhannya 70 orang termasuk ahli Nothern Shark dari Utara tanah air. Program belia yang dianjurkan United Shark ni sebenarnya adalah program anak angkat di kalangan belia bermotosikal disamping membanteras gejala rempit yang kini semakin berleluasa dijalan raya. Disamping itu juga, program ini juga bertujuan membuka mata masyarakat terhadap penunggang motosikal bahawa bukan semua rider-rider ni adalah mat rempit.
Perasmian pelepasan konvoi ini telah diadakan di Dataran Senawang, Negeri Sembilan pada 03/06/2010, pada pukul 11.30 mlm oleh YB dari Senawang.Pasukan konvoi berlepas pada pukul 12.01 pagi diiringi oleh marshal dari N9 Bikers sehingga ke highway utara-selatan. Konvoi ini melibatkan 35 buah motosikal suzuki TXR-150, 3 buah RXZ, 1 buah LC135 dan 1 buah kawasaki kips 150RR.
Keseluruhan masa perjalan yang di ambil untuk sampai ke destinasi adalah selama 12 jam disebabkan banyak motor yang mengalami kerosakan yang tak diduga. Pasukan konvoi tiba di Tol Juru pada pukul 11.00 pagi dan kami disambut oleh Nother Shark dan group superbike dari Pinang untuk mengiringi ke KEDA Bagan Sena. Pukul 12.30, semua selamat sampai ke destinasi yang dituju dan kami diberi taklimat oleh pegawai KEDA Bagan Sena dan pembahagian keluarga angkat.
Banyak aktiviti yang telah diadakan bersama penduduk kampung, antaranya gotong-royong membersihkan kawasan surau dan dewan serbaguna, aktiviti sukaneka bersama peduduk, riadah mandi-manda di hutan lipur Sg. Sedim, kolam air panas di Legong dan tazkirah dari imam masid Bagan Sena. Setelah 3 hari berkampung di Bagan Sena, tibalah masa untuk berpisah dengan keluarga angkat masing-masing. Pada 06/06/2010 pukul 8.30 pagi semua berkumpul di dewan dan masing-masing berat hati untuk berpisah dan sebak di dada mula terasa dikalangan rider United Shark dan Nothern Shark.
Pihak United Shark amat berterima kasih kepada panduduk Keda Bagan Sena yang sudi terima konvoi dari United Shark dan penghargaan kepada ajk United Shark yang bertungkus lumus menjayakan program ni bersama Lembaga Kemajuan Negeri Kedah (KEDA)...Untuk melihat gambar silalah masuk ke facebook united shark...Ride For Your Right...Dibawah ni ada sedikit gambar buat tatapan semua....

28 April 2010

PROGRAM SANTAI BERSAMA EXCO K'JAAN SELANGOR

United Shark telah dijemput ke program Santai Bersama Exco Kerajaan N.Selangor pada 01/05/2010 iaitu pada hari sabtu bertempat di Dataran Shah Alam..Program ni bermula pada pukul 9.00 mlm hingga 12.00 mlm.....Terima kasih pada semua yang hadir memeriahkan program ni...Lebih kurang 40 buah motor Suzuki TXR dari kelab United Shark dan motor-motor lain dari Retro Motor Rider (RMR) yang hadir pada malam tersebut..Nak tengok gambar boleh tengok dalam facebook United Shark...Klik disebelah "mari kita berfacebook"....Ride For Your Right...

25 April 2010

AJK U.S turun padang melawat kawasan...

Nak tahu kawasan mana U.S akan melawat kali ni???...Haaa..kita akan melawat Kota Tinggi kali ni pada 8/05/2010 iaitu hari sabtu...Setakat ni yang confirm nak pegi ialah mijibangi, ahseng, bobnilai(pengerusi), ejan.....Saja je ni melawat kawasan Kota Tinggi sambil jumpa member-member kita kat sana, dapatlah kita mengeratkan silaturrahim antara pemilik TXR ni...Sape yang terasa terbakar hati nak join tu jangan segan la info kat miji pon boleh, bob boleh...semua boleh la...Kita juga akan melawat satu kedai minachi dimana kedai tersebut adalah kedai halfcut motor...Haaaaaa..tu yang penting tu...Nak tau lebih lanjut ikut la kitaorang nooh!!....

Wakil U.S ke Kuale Kangsar

Antara wakil dari U.S yang ke Kuale Kangsar ialah Syamsul Baharen(ahseng / beb), Ejoi S.Alam, abangnye Man, abangnye Chandra(roy)...Tuan pengerusi kita pon pegi jugak En.Shaiful dan Mi puchong...Diaorang semua bertolak 24/04 malam bersamaan hari sabtu dan bliknye hari ahad petang...Kena la hantar wakil sebab kita dijemput oleh RMR..Tapi kalau semua dapat join mesti meriah...Takpe la...janji ada wakil nooh!!Gambar??...Nanti la kalau ada akan dimasukkan dalam ni...Ride For Your Right!!!

26 Mac 2010

CEPAT DAPATKAN KAPCAI BULAN APRIL!!!!

Haaa...cepat-cepat member-member semua pegi kedai majalah sekarang juga...jangan pegi pasar borong...dapatkan KAPCAI terbaru dan saksikan aksi-aksi menarik United Shark....hoho...

25 Februari 2010

Majlis berbuka puasa di K.L Tahun 2009

Ape?..Bulan berape?..Dah majlis berbuka puasa mesti la bulan pose yakni Ramadhan al-mubarak...Tu pon aku tengok ramai jugak yang dok makan rokok sebelum berbuka lagi...Aku rasa ada la 50 persent yang tak puasa...Bukan nak berceramah mahupon berkhutbah..Kitakan kelab berdaftar dengan bermotifkan membanteras remaja daripada gejala yang tak sihat...Asas gejala tak sihat bermula dari hati kita..Kalaulah benda yang Allah S.W.T suruh kita tak buat dan yang dilarang pulok kita buat maka berkarat ramat lah hati kita...Maka mulalah nak buat benda-benda yang tidak elok...Eh...Sori la bro semua kalau terlanjur....Semoga ape yang saya tulis ni dapat saya amalkan...Nabi kita kan suruh kita nasihat menasihati perkara yang baik....Maju U.S untuk negara..Tengok la gambar member-member kita di bawah ni..Selamat beramal....

19 Februari 2010

RANTAU ABANG 3,4,5 JULY 2009

Haaa...ni picture masa berkonvoi ke Rantau Abang, Ganu kiteeee...Nak cite ckit pasal aku ni..Ni la first konvoi jarak jauh dengan membawa isteriku...huhu...Begitu juga dengan En.Cikgu Helmi kita...Eh...En.Cikgu dah bawak isteri beliau konvoi ke Pangkor...Masa tu aku lagi seminggu mau kahwin...Mulanye tak nak pergi...Apekan daya bertalu-talu aku kena racun dengan budak-budak ni terutama En.Cikgu...Takpe la..ada hikmahnya tu...Lari tajuk ni...Sambung kisah rantau abe pulok...Perjalanan U.S bermula dari perkarangan masjid Gadong, doket sromban..Dimulakan dengan acara jamuan makan sumbangan penduduk setempat dan sedikit kata-kata hikmah dari wakil rakyat tempatan..Berlepas la sekitar jam 12.01 pagi..Tarikh??..Dah ada kat tajuk kat atas...Perjalanan lebih kurang 12 jam jugak la termasuk masalah problem semasa perjalanan...Peserta semua ramai..kira sendiri la kat dalam gambar kat bawah ni...Secara ringkasnya misi berjaya...Tahniah U.S...Gambar pon dah masuk Majalah Kapcai Bulan Oktoteber tahun 2009...Kalau tak silap aku ada 3 bulan U.S terpapar dalam majalah Kapcai tahun 2009....Syabasss....

02 Februari 2010

Majlis Berbuka Puasa U.S bersama Anak Yatim

Ada banyak lagi gambar...Nati akan diuploadkan...banyak kerje ni,,,

Wartawan Kosmo menemuramah U.S

Huh....meriah sungguh member-member United Shark pada 05/02/2010, jumaat malam...Ape tidaknye 60 biji motor TXR 150 berkumpul pada malam tersebut di Dataran Shah Alam bagi mempamerkan anggota U.S di depan wartawan KOSMO!...Ada yang datang dari Segamat, Ijok, Rawang, Seremban, Bangi (aku la tu) dan lain penjuru....Masing-masing datang dengan motor berkilauan...(nak masuk magazine la katakan...)...3 orang wakil dari media KOSMO! datang untuk menemuramah mengenai kelab kami..United Shark...Macam-macam la yang ditanya...Ape tujuan..Bila ditubuhkan..Mana dapat ahli yang begitu ramai..Ape kerja kebajikan yang U.S buat...Ape sumbangan U.S kepada masyarakat...Ape tidaknye..Tahun ni saja (2009)..U.S terpapar dalam majalah KAPCAI sebanyak 3 kali...Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada kawan-kawan yang memang bersemangat waja menjayakan program ni...Tentang cerita U.S dalam KOSMO! nanti saya kasi info bila akan keluar....

08 Januari 2010


Gambar-gambar UNITED SHARK berkonvoi ke Cameron Highland....Berlepas dari Dataran Senawang, Seremban pada 01/01/2010 pada 12.30 pagi....acara dirasmikan oleh ADUN Senawang, YB Taufik....Pelepasan konvoi diiringi oleh marshall dari N9 BIKERZ CLUB sehingga ke highway Seremban......

Gambar besar berbaju hitam lagi macho diatas adalah tuan pengerusi United Shark...Encik Shaiful B. Mohd Yusof...Beliau berasal dari Taman Mantau Indah, Seremban....Beliau telah banyak bekerja keras untuk menjayakan program-program United Shark..Tahniah...

Ni ganmar beramai-ramai ahli-ahli United Shark bersama ahli-ahli RD Club dari Besut, Terenggau....Lokasi penggambaran ini adalah di dataran Kampung Orang Asli, Kampung Sungai Ruil, Cameron Highland....Di belakang tu adalah pentas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli...